May 15, 2008
May 30, 2007
PROGRAM COMBI
PROGRAM PENUBUHAN SKUAD COMBI
(Skuad Sukarelawan Antideggi)
SEKSYEN 4, KOTA DAMANSARA.
DI
DEWAN ORANG RAMAI
SEKSYEN 4, KOTA DAMANSARA.
PADA
03 JUN 2007 (AHAD)
MASA
9:00PAGI - 5:00PTG
Dijemput Semua Penduduk/Penyewa Seksyen 4, Kota Damansara, bersama-sama menjayakan PROGRAM PENUBUHAN & LATIHAN Skuad COMBI bagi kawasan SEKSYEN 4, KOTA DAMANSARA.
Program ini anjuran PEJABAT KESIHATAN PETALING dengan kerjasama PERSATUAN PENDUDUK MELUR, MAWAR, MELATI, SEKSYEN 4, KOTA DAMANSARA.
~OBJEKTIF PROGRAM INI~
Menghapuskan tempat pembiakan NYAMUK AEDES & juga mengurangkan kejadian DEMAM DENGGI di sesuatu kawasan perumahan.
Mengalakan penglibatan masyarakat setempat didalam pengawalan & pencegahan DENGGI terutama pemantauan kawasan awam & tanah terbiar.
Mengalakkan individu & seisi rumah menjalankan pemeriksaan & penghapusan tempat pembiakan didalam & diluar rumah secara berkala.
Mengujudkan sikap bertanggungjawab bersama diantara masyarakat dengan Jabatan Kesihatan bagi menangani DEMAM DENGGI.
May 28, 2007
SKIM KHAIRAT TAKAFUL
PENDAFTARAN KEAHLIAN SKIM KHAIRAT TAKAFUL MASIH LAGI DIBUKA!!!
Sila hubungi En Mohd Zaini 012 - 6756901 untuk pendaftaran.
May 18, 2007
Penerangan Skim Khairat Takaful
SEMUA PENDUDUK
GUGUSAN MELUR, GUGUSAN MAWAR, GUGUSAN MELATI
dijemput ke
MAJLIS PENERANGAN SKIM KHAIRAT TAKAFUL
PADA
19. MEI.2007
MASA
5.00PTG
TEMPAT
MAWAR A1
GOTONG ROYONG PERDANA & HARI KITAR SEMULA
Persatuan Penduduk Melur, Mawar, Melati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan aktiviti pertama persatuan ini iaitu mengadakan GOTONG ROYONG PERDANA & HARI KITAR SEMULA pada 06.05.2007. Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato Mokhtar Dahalan selaku wakil rakyat Kota Damansara.
Sebelum perasmian aktiviti ini, pihak badan bertindak membantah projek pembinaan kedai dihadapan surau al-firdaus telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Y.A.B Dato Mokhtar Dahalan. Semoga bantahan ini diterima dan projek tersebut dibatalkan buat selama-lamanya.
Jemputan ke GOTONG ROYONG PERDANA
Persatuan Penduduk Melur, Mawar, Melati menjemput semua Penduduk Setempat untuk menjayakan GOTONG ROYONG PERDANA dan HARI KITAR SEMULA pada 06 MEI 2007, jam 8:15pagi di Padang Hadapan Surau Al-Firdaus, Seksyen 4, Kota Damansara.
Subscribe to:
Posts (Atom)