Persatuan Penduduk Melur, Mawar, Melati menjemput semua Penduduk Setempat untuk menjayakan GOTONG ROYONG PERDANA dan HARI KITAR SEMULA pada 06 MEI 2007, jam 8:15pagi di Padang Hadapan Surau Al-Firdaus, Seksyen 4, Kota Damansara.
Pendaftaran keahlian ppm3s4kd masih lagi dibuka kepada semua penduduk/penyewa di gugusan Melur, Mawar dan Melati.
Yuran Keahlian RM5.00 dan Tahunan RM12.00.
Sila hubungi En Hazisham untuk sebarang pertanyaan
013-3221491
ABOUT ppm3s4kd
PERSATUAN PENDUDUK MELUR, MAWAR, MELATI, SEKSYEN 4, KOTA DAMANSARA yang telah ditubuhkan oleh sukarelawan penduduk Gugusan Melur, Mawar dan Melati pada 10 November 2006 adalah adalah untuk tujuan seperti berikut:
menyatupadukan ahli-ahli (penduduk setempat) melaui pelbagai aktiviti seperti kebajikan, sosial dan sukan. menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan dan mengadakan perjumpaan dikalangan ahli-ahli (penduduk setempat) demi menjaga kepentingan mereka dari segi keselamatan dan kebersihan. menjadi pengantaraan/penghubung di dalam membawa permasalahan ahli-ahli (penduduk setempat) dari segi masalah perumahan dan lain-lain kepada PKNS (Pemaju), MBPJ, Polis, TNB dan lain-lain Pihak Berkuasa Tempatan. berusaha mewujudkan masyarakat berwawasan yang mempunyai daya insiatif, keazaman, semangat setia kawan, bersatu padu dan kegigihan di dalam sesuatu kawasan perumahan untuk pembentukan masyarakat yang harmoni dan aman damai.