May 18, 2007

GOTONG ROYONG PERDANA & HARI KITAR SEMULA


Persatuan Penduduk Melur, Mawar, Melati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan aktiviti pertama persatuan ini iaitu mengadakan GOTONG ROYONG PERDANA & HARI KITAR SEMULA pada 06.05.2007. Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato Mokhtar Dahalan selaku wakil rakyat Kota Damansara.

Sebelum perasmian aktiviti ini, pihak badan bertindak membantah projek pembinaan kedai dihadapan surau al-firdaus telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Y.A.B Dato Mokhtar Dahalan. Semoga bantahan ini diterima dan projek tersebut dibatalkan buat selama-lamanya.